Tuesday, November 15, 2016

Tips Banyakkan Susu

Kat sini GM nak kongsikan sedikit ilmu yang GM amalkan untuk anak kedua GM. Rezeki susu melimpah perlu diterapkan dengan usaha. Tiada usaha tiadalah istilah susu melimpah untuk diri GM sendiri.

Masa anak pertama, GM memang struggle nak cukupkan bekalan susu untuk bawa ke rumah pengasuh esoknya. Hari ni GM pam untuk dapatkan bekalan esok.. kalau rasa macam tak cukup, malam tu memang GM cuba jugak untuk pam bagi cukup keperluan anak GM.

Tips ni GM banyak dapat dari Coach ASIAH MAHARAM masa coach attend seminar penyusuan di Senawang bulan March 2016. Memang sangat membantu dari penyusunan jadual mengepam dan seterusnya menaikkan semangat GM untuk terus kumpul stok hinggalah sampai tak muat freezer GM kat rumah ni.

 

Antara tips banyakkan susu yang GM nak share :-

1~ Tak perlu pam 2-3 jam sekali (macam dah takder kerja lain, asyik mengepam je), memadai 5-6 kali sehari. GM buat 5kali. (5 pagi, 10 pagi, 3 petang, 8 malam, & 11 malam). Buat jadual ikot keselesaan dan kelapangan masa masing-masing. Coach ASIAH MAHARAM ajar, tak perlu pun pam pagi-pagi buta, jam 2-3 pagi nak bangun mengepam pulak, itular masa untuk mommies rehat. Keep bagi direct feed kalau baby terjaga.

2~ Power pumping boleh buat masa susu mommies drop. Contoh : biasa susu mommies belah petang ni macam kurang dari waktu lain kan..buat power pumping masa tu. tak perlu pun 10minit pam 10minit rest atau sebagainya. Boleh pam berterusan dalam sejam atau lebih, tak semestinyer power pumping waktu malam je.

3~ Pam dulu baru makan. Contoh lunch kol 1 petang, ok mommies pam lar kol 12tengah hari. Masa lunch, makan nasi atau makanan yang mempunyai karbo. lain-lain waktu sambil pam tu mommies minum air panas, lagi bagus minum air susu + oat + nestum atau sebagainya dengan roti filling jagung.Apa-apa filling pun takpe lah..hehe.
Keep kudap-kudap ok.tak payah nak diet sangat..nak susu banyak kan.

4~ Direct feed one side. Tiap kali susukan baby secara direct, bagi sebelah sahaja, biarkan dia biasa dengan flow laju ke perlahan. Cuba keringkan hati sekejap kalau baby ngamuk nakkan susu sebelah lagi. Lama-lama baby akan biasa untuk berusaha dapatkan susu walaupun flow perlahan. Apa nak buat dengan sebelah lagi ni, mommies boleh tandem(pam sebelah, direct sebelah). Kalau tak reti, cuba belajar buat. Ataupun pam lepas baby habis menyusu.

5~ Jangan makan pedas, makanan pedas boleh buat susu mommies drop. Nak makan boleh, tapi jangan selalu ye.. hehe. Apa yang kita makan tu effect time tu jugak dengan susu kita.

ok, sekian dulu ye. Lewat dah ni..GM taip pun sambil mengepam..Lewat sikit sebab settlekan anak-anak dulu.

Tips ni sangat berguna untuk tingkatkan oz susu mommies. Yang penting disiplin. Bila stok susu dah banyak, bolehlah mommies nak ngelat sesi ngepam ke, makan ke..hehe..GM lar tu.

Ok..Assalamualaikum w.b.t

Thursday, October 1, 2015

7 Bulan Kandungan



Tetiber nak citer dah 7 bulan kandungan..?? ko dah kenape..? blog dah lama ko tinggal..tetiber ko nak citer ko ngandung.. ekekeke...

hehe.. ok lar tu kan..dari blog ni berhabuk dan hampir bersawang.. GM nak bagitaw GM dah pon 28 minggu pregnant..bersamaan dengan 7 bulan lar.. 

Anak GM yang sulong sekarang dah 1 tahun 3 bulan.. dah pandai jalan & mulut agak bising...hihihi.. tu maknanyer dia happy lar kalu bising2 tu.. nanti adik dia dalam perot ni keluar..dia dah jadi abglong 1 tahun 6 bulan.. 

Kejap jer masa berlalu..dah nak masuk anak 2.. lagi 3 bulan kau.. dup dap dup dap jugak.. 

Sekarang ni GM tengah survey private Hospital yang OK dan affordable lar orang kater..GM pon bukan berduit sangat.. kumpul sikit2 lama2 jadi bukit lar kan..

Alhamdulillah..bila dah dapat dok dekat dengan somi ni..seronok sikit rasa..walaupun serba kekurangan dari segi kelengkapan rumah.. tapi GM tetap bersyukur dah dapat dok sekali.. dapat jaga anak sama2..& dah tak payah pikir 'bila hubby nak datang sini ni..? weekend ni datang x..?' Memang menggangu emosi betul soklan2 dlm kepala ni.

GM cuma survey by blog 2 blog je pasal private hospital ni, ada yang orang lain OK dengan tempat tu, ada org yang dpt layanan x OK..bergantung pada rezeki memasing lar kn..bebanyak kan doa lar hendaknyer, hope dpt layanan yang baik2 jer..doc yang baik2 jer..

Lepas ni boleh citer pengalaman GM pulak lar kn..Insya Allah kalu berkemampuan utk ke private hospital. Doakan GM ye..

OK lah..GM nak sambung kijer dulu.. tata 

Wednesday, March 4, 2015

Review Freemie Collection cup


Freemie collection cup ni memang memudahkn GM nk mengepam d mn jua anda berada..cewahh gitu.. Sambil dok kat workstation buat kerja.. staf lain lalu lalang pon, diorang xperasan ape GM tengah buat.. GM pasang lar lagu kt PC kuat2 sket, cover bunyi vibrate Breastpump GM.. hihihi..




Ini hasil selepas transfer dr cup tu.. 


Cara nak transfer pon senang, ade lubang tepi cup tu kan..tuangkan je.. hati2 lar ye.. takot tertumpah pulak.. tapi GM pasti semua mami2, ibu2, mak2, mama2 mesti berhati2..sayang kot kalu tertupah..walaupun setitik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...