Kat sini GM nak kongsikan sedikit ilmu yang GM amalkan untuk anak kedua GM. Rezeki susu melimpah perlu diterapkan dengan usaha. Tiada usaha tiadalah istilah susu melimpah untuk diri GM sendiri.
Masa anak pertama, GM memang struggle nak cukupkan bekalan susu untuk bawa ke rumah pengasuh esoknya. Hari ni GM pam untuk dapatkan bekalan esok.. kalau rasa macam tak cukup, malam tu memang GM cuba jugak untuk pam bagi cukup keperluan anak GM.
Tips ni GM banyak dapat dari Coach ASIAH MAHARAM masa coach attend seminar penyusuan di Senawang bulan March 2016. Memang sangat membantu dari penyusunan jadual mengepam dan seterusnya menaikkan semangat GM untuk terus kumpul stok hinggalah sampai tak muat freezer GM kat rumah ni.
Antara tips banyakkan susu yang GM nak share :-
1~ Tak perlu pam 2-3 jam sekali (macam dah takder kerja lain, asyik mengepam je), memadai 5-6 kali sehari. GM buat 5kali. (5 pagi, 10 pagi, 3 petang, 8 malam, & 11 malam). Buat jadual ikot keselesaan dan kelapangan masa masing-masing. Coach ASIAH MAHARAM ajar, tak perlu pun pam pagi-pagi buta, jam 2-3 pagi nak bangun mengepam pulak, itular masa untuk mommies rehat. Keep bagi direct feed kalau baby terjaga.
2~ Power pumping boleh buat masa susu mommies drop. Contoh : biasa susu mommies belah petang ni macam kurang dari waktu lain kan..buat power pumping masa tu. tak perlu pun 10minit pam 10minit rest atau sebagainya. Boleh pam berterusan dalam sejam atau lebih, tak semestinyer power pumping waktu malam je.
3~ Pam dulu baru makan. Contoh lunch kol 1 petang, ok mommies pam lar kol 12tengah hari. Masa lunch, makan nasi atau makanan yang mempunyai karbo. lain-lain waktu sambil pam tu mommies minum air panas, lagi bagus minum air susu + oat + nestum atau sebagainya dengan roti filling jagung.Apa-apa filling pun takpe lah..hehe.
Keep kudap-kudap ok.tak payah nak diet sangat..nak susu banyak kan.
4~ Direct feed one side. Tiap kali susukan baby secara direct, bagi sebelah sahaja, biarkan dia biasa dengan flow laju ke perlahan. Cuba keringkan hati sekejap kalau baby ngamuk nakkan susu sebelah lagi. Lama-lama baby akan biasa untuk berusaha dapatkan susu walaupun flow perlahan. Apa nak buat dengan sebelah lagi ni, mommies boleh tandem(pam sebelah, direct sebelah). Kalau tak reti, cuba belajar buat. Ataupun pam lepas baby habis menyusu.
5~ Jangan makan pedas, makanan pedas boleh buat susu mommies drop. Nak makan boleh, tapi jangan selalu ye.. hehe. Apa yang kita makan tu effect time tu jugak dengan susu kita.
ok, sekian dulu ye. Lewat dah ni..GM taip pun sambil mengepam..Lewat sikit sebab settlekan anak-anak dulu.
Tips ni sangat berguna untuk tingkatkan oz susu mommies. Yang penting disiplin. Bila stok susu dah banyak, bolehlah mommies nak ngelat sesi ngepam ke, makan ke..hehe..GM lar tu.
Ok..Assalamualaikum w.b.t
sebelum post apa2 info ttg sistem Asiah maharam sis ada minta izin dulu ke dgn coach asiah ? sbb copyright owner. satu lg kita takut berlaku kekeliruan dlm kalangan mommies. silap apply teknik pastu salahkan sistem. belajar ilmu ni perlu berguru. jgn simply share ttg sistem pd org luar, fhm niat baik sis.tp harus hormati hak cipta dan keberkatan ilmu. tq harap tarik balik posting ini. #teamAsiahMaharam
ReplyDelete