Monday, January 19, 2015

Thermos Food Jar

Hari ni nak kongsi pasal bekal anak pulak.. Anak GM dah nak masuk 7 bulan GM kelam kabut carik thermos bertingkat untuk bekal anak nak bagi kat pengasuh.

Carik punya carik, jumpa kt lelong.. hehe terus order online.. sbb susah sangat nak jumpa tempat lain. nak harap pegi Jusco carik ntah bila boleh pegi.

First time beli barang kat lelong ni.. Alhamdulillah selamat sampai.

Memang seronok bila dah dapat.. macam2 pikir nak masak bubur versi itu ini..hehe.

Ada 3 tingkat. so bekas yang atas sekali GM isi puri buah yang dah dibekukan dlm bentuk kiub ais. letak 3 kiub dalam tu malamnyer untuk cairkan puri, esok pagi rendam bekas dlm air panas untuk di isi dlm thermos.

Bekas yang tengah2 dan bekas yang ketiga tu GM isi bubur panas2 terus tutup dan letak dlm thermos.

Bekas pertama (dr bawah) = bubur nasi untuk dinner
Bekas kedua (dr bawah) = bubur nasi untuk lunch
Bekas ketiga (atas sekali) = puri buah untuk breakfast

GM pesan kt pengasuh anak, bila dah ambil bekas untuk breakfast, terus tutup semula thermos. Jangan masukkan balik bekas tu lepas dah basuh. Takut kurang haba panas dalam thermos kalau2 ada air pada bekas.

Bila sampai time dinner, bubur masih suam2 dan elok untuk dimakan anak. Biasanya GM bagi anak dinner petang ataupun time magrib.

Pengasuh pun berkenan, dia kata masa tengah hari bukak bekas bubur untuk lunch masih panas lagi.

Setakat ni GM puas hati guna thermos ni.. Sangat sesuai untuk travel juga. Tak besar sangat..1.8 liter xsilap. GM nak kongsi, GM order kat Superbuy . Harga RM172, tapi GM redeem point Credit Card. So taklar rasa mahal sangat hehe..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...